Lirik Lagu Duniawi – GT Boyz

Lorong demi lorong menjadi tumpuan
Bagaikan sesat mencari arah
Melayang-layang burung diulit mimpi
Bersama embun di kaki malam

Dari bintang ke bintang dilamun rasa
Dalam kembara di sudut malam
Di sana-sini yang dalam kehausan
Suatu penemuan ke jalan oh terakhir

Berpijak bumi biarlah dengan penuh semangat
Janganlah kau terleka terpengaruh segalanya
Mercu suara lantangnya semua di sana
Menghantui perasaan minda penghuni kota

Insaflah ohh…
Insaflah ohh… temanku
Insaflah ohh… duniawi

Kerdipan bintang bersinar menjulang di awan
Sejauh manakah setianya pada Yang Esa
Sedarlah teman janganlah kau mendakap duka
Kembalilah kau ke jalan yang penuh keredhaan

Insaflah ohh… temanku
Lihatlah ohh… duniawi

Lirik Lagu Gadis Dalam Mimpi – GT Boyz

Oh gadisku kau yang satu
Ku amat merinduimu sayang
Di mana kau berada
Adakah ini mimpi-mimpi saja

Ku kejarmu sayang
Hanya tinggal bayang-bayangmu seorang
Ku kan menantimu kasih
Walau di mana kuberada jua
Walaupun kau tiada di sisiku… ku mengingatimu
Hatiku berdebar menantimu…

Sambutlah rindu ini sambutlah cinta ini
Bidadari pintu hatiku… ooh
Sambutlah rindu ini sambutlah cinta ini
Kaulah ilham mimpi-mimpiku… ooh

Dalam mimpi kita bertemu
Hanya seketika saja sayang
Tak puas ku tenung wajahmu
Hanya tinggal mimpi-mimpi indah
Jangan kau tinggalkan aku… oh gadis misteri
Ku harap mimpikan jadi nyata

Dalam mimpi kita bertemu kasih
Hanya seketika saja sayang…

Lirik Lagu Generasi 2000 – GT Boyz

Kami generasi 2000
Rentak terkini mengikut ilusi
Puas sudah ku menunggu
Kini tiba jua tahun 2000

Jangan buang masa, generasi zaman kita
Janganlah kau terleka, nanti kau terpedaya
Pandanglah ke hadapan, menuju cita-cita
Cergaslah mencapainya, pastinya kau berjaya

Wahai remaja mari melangkah
Usahlah engkau pandang ke bawah
Capailah segala impian yang ada di mata
Jangan kaburkannya

Remaja 2000 menuju era baru
Malaysia sudah maju capai arah yang satu
Renungkanlah seketika apa yang kau mahu
Bangunkanlah semangat tentulah kau berjaya

Generasi maju 2000
Generasi baru bersatu
Generasi harus berminda
Generasi kita lihatlah

Lirik Lagu GT Boyz – GT Boyz

Kini kami kembali
Dengan semangat yang berkobar
Untuk menguji kekuatan

Kami remaja yang tak gentar
Bersedia untuk menentang
Ini satu petanda jangan kau terleka
Salah erti nafas terhenti
Langkah mautkan kami bentang
Mencabar diri untuk bertandang
Jika kau terus mara akan kami sedia
Bersama bersatu musnahkannya

Lagak oh yeah
Tak akan gentar kami mencabar diri

Mimpi, mimpi, mimpi, mimpi
Kau masih ingin menguji diri ini

Kami GT Boyz yeah… yeah
Remaja muda
Ini hanyalah satu cerita
Hanya rekaan semata-mata
Jadikan ini satu pusaka
Remaja berlima rakus puaka
Menjadi nyata di alam lena
Kami GT Boyz
Ah… ah… yeah… yeah…

Kami GT Boyz yeah… yeah
Melangkah maju harungi
Rintangan segala cabaran
Dengan satu tekad
Kami bersama mencari
Rentak baru tanpa ragu-ragu
Menari sambil menyanyi
Itulah rentak terkini mengikut
Citarasa baru yea kami GT Boyz
Ah… ah… yeah… yeah…

Lirik Lagu Gurindam Jiwa – Gurindam Jiwa

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

( P )
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

( korus )
( L )
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

( P )
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
( L )
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

( L & P )
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

Lirik Lagu Kekanda Adinda – Monoloque & Atilia

Oh kekanda jangan iri hati
Dinda naik pangkat lagi
Oh adinda kanda mana dengki
Malah kanda support bini

Jadi dinda mahu mengambil masa
Tapi kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adinda tolong jangan lekas curiga
Lekas cemburu buta
Oh kekanda dinda perlu berhati-hati
Tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime terlebih masa
Itu yang dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira dewataku
Mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja intan permata
Mari ikut cara kanda
Bagaimana bagaimana kita nak selesaikannya
Apa keputusannya

Oh kekanda mari nyawa
Kita cuba komunikasi
Oh adinda mari sayang
Kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati
Kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi sikap toleransi
Itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang perdana
Dinda yang utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya

Lirik Lagu Kita Sehaluan – Guys

Izinkanlah naluri kita bercinta
Memadu kasih di taman rindu
Tak sekali kusendakan kasihmu
Apa lagi indahnya bagai syurga
Tak terlafaz kata hati berkasih denganmu
Hingga tiada terkilan cetusan senduku

Apakah kau rasakan seperti yang ku rasa
Dihimpit kerinduan yang tiada bertepi

Katakanlah kekasihku hanya aku yang kau cinta
Biarkan dunia tahu engkau milik aku
Hanya kita sehaluan mengejar mahkota cinta
Terhapuslah sepiku bila kau mengucup keningku

Tak bisa kubayangkan betapa agungnya
Cinta suci yang engkau lafazkan
Merdu terasa bagai buluh perindu
Mengalunkan kalimah cintamu
Kerana rindu asmara berbunga
Seharum mawar di halaman kasih
Menjadi hiasan cinta ku padamu

Lirik Lagu Luka – Guys

Ku masih keliru bila kau membisu
Senyum pun tak lagi seriang dahulu
Apakah silapku terbiar layu
Di tengah hangatnya rindu

Semalam yang suram bagai mimpi ngeri
Meragut hatiku dengan cemburumu
Terguris berdarah tak siapa peduli
Seolah aku tiada berharga lagi

Limpahan sengsara membanjiri hatiku
Sehingga aku lemas dalam luka
Merontalah aku menahan siksa
Terjahan asmara

Dengan air mata ku basuh luka ini
Agar bisa bertunas kembali
Walaupun hatiku pedih diguris cintamu
Masih mampu ku berdiri

Biarkan kubenam kesimat di hati
Tak perlu engkau memujuk kembali
Cinta yang engkau musnahkan
sehingga ku begini
Biarkanlah diriku
Dengan caraku

Lirik Lagu Mencipta Setia – Guys

Kuserah rasa mencuri hatimu
Kubiar rasa berkongsi asmara
Ingin menumpang rindu dengan kasih
Agar terbukalah oh hatimu

Kubelai jiwa mencuit hatimu
Kusemai jiwa bermadukan cinta
Demi bahagia hidup disampingmu
Kurela menempuh suka duka
Mencipta setia

Kau bagai sang rembulan
pasti mencahayakan malam
Yang gelita dalam hati ini
Tak mungkin kulepaskan andai kau pergi
Dari hati walau mimpi

Tatah setia patrikan cinta dalam lubuk jiwa
Kerdipan cinta termeteri janji kita berdua
Dan semoga kita bahagia bersemi cinta
Selama-lamanya
Ke akhir hayat yang telah dijanjikan

Kubelai jiwa mencuit hatimu
Kusemai jiwa bermadukan cinta
Demi bahagia hidup di sampingmu
Kurela menempuh suka duka
Mencipta setia

Lirik Lagu Selamat Hari Jadi – GT Boyz

Selamat hari jadi
Ku ucapkan kepada mu
Semoga yang Esa panjangkan umurmu selalu
Betapa riangnya menanti di saat ini
Ku harap kita dapat meraikan bersama-sama
Di sisi teman-teman

Selamat hari lahir
Sekali lagi ku ucapkan
Kini usia telah
Mendewasakan dirimu
Kini kau menanti pelangi kehidupan
Secerah mentari memancar buni ini
Tak dapat melupakan kenangan manis

Sambut-menyambut mesra penuh keriangan
Berdendanglah iramaku dengan mesranya
Harijadimu yang paling bahagia
Tak dapat kulupakan buat selamanya

Tiap detik beredar silih berganti
Hanya setahun sekali kau menanti
Bagaikan sejarah tersemat di sanubari