Lirik Lagu Hairan Bin Ajaib – XPDC

Satu pejam satu celik
Depan manis belakang rasa pahit
Kata ibu buat baik
Biarpun rupamu tak menarik

Rupa yang sengkek
Bukannya pembelit
Wajah menarik
Belum pastinya baik

Jangan pandang pada zahir
Hang Tuah bukan maca mhang pembelit
Penat perit cari duit
Bukan malas tapi tak punya certificate

Bukan nak complain fikir dulu
Kan lebih baik
Kita yang letih
Dia yang pakai mobil

Yang ada awek jaga baik
Jangan jadi hamba duit
Biar pakai kain batik
Daripada dia pakai skirt pendek

Oh! Aku pelik
Dunia dah nak terbalik
Budak under-age dah pandai
Ke kelab joget
Kan lebih baik kita bawa dia
Ke masjid

Cuba renung dalam diri
apa yang kau cari
Yang hidup pasti mati
(sedarlah)

Kenal diri suci hati
Dengki khianat jauh sekali
Baru diri dihormati
Rezeki dari peluh sendiri

Lirik Lagu Hanya Bayangan – Black Dog Bone

Kau datang lagi bersendirian
Di malam syahdu bintang berjuta

( korus )
Dengan wajah gelisah duka lara
Kau bagaikan membisik kasihmu
Hanyalah padaku
Merayu melayar kasih

Kau sungguh lena di sisiku
Di saat indah ketika berdua

Penuh mesra dengan keluhan manja
Kurenungi wajahmu
Berganti bayangan
Oh dirimu berlalu menghilang

( ulang korus )

Kau hanyalah bayangan
Hanya bayangan

Lirik Lagu Hanya Satu Persinggahan – Ekamatra

Di sini kasih pernah berbunga
Tiada harum tiada warna
Di sini cinta pernah membara
Tanpa bahang dan tanpa apinya
Begini yang ku rasa
Hidup kita berdua

Di sini langit mendung selalu
Tiada cahaya menyinariku
Di sini aku tiada berdaya
Mengikut kata tanpa bicara
Kerana engkau tahu
Aku tidak sepadan denganmu

Hubungan kita suatu persinggahan
Bukan pengabadian yang rela
Pemergianku oh kerana terpaksa
Demi hidup yang lebih sempurna
Anggaplah kehadiranku
Hanya satu persinggahan
Aku tidak menjanjikan
Mahligai impian
Sebagaimana kau harapkan

Biarlah jauh dari pandangan
Daripada dekat penuh seksa
Biar berduka biar melara
Dari sengketa sepanjang masa
Janganlah engkau harapkan
Ku menghambakan diri

Nanti kau tahu ertinya sepi
Bagaikan pisau menghiris api
Nanti kau tahu ertinya rindu
Bagai tertusuk duri sembilu
Batin akan tersiksa
Jasad pasti merana

Lirik Lagu Hari Ini Dan Esok – Black Dog Bone

Hari ini dan esok
Hari ini kita
Berkasih dan bermesra
Walaupun sesaat
Tak mahu berpisah

Indah alam maya
Bagaikan disyurga
Bersenda jenaka
Tiada dukacita

( korus )
Bagaimanakah
Andainya esok
Bencana tiba
Memisahkan kita berdua

Berdoalah kita
Jauhkan bencana
Agar kau dan aku
Abadi bersama

( ulang korus )

Lirik Lagu Hati Ku Luka Lagi – Black Dog Bone

( dialog )
( …Inilah hari yang paling sedih dalam hidupku
Demi pertemuan kita ini adalah yang terakhir
Aku tak sanggup melihatkan kau pergi
Meniggalkan aku menahan kepedihan
Selama ini kita terlalu mesra
Tapi kau telah meracun hati dan fikiranku
Duniaku kini diseliputi mendung
Maka tersiksalah aku didalam kegelapan
Aku terpaksa melepaskan kau pergi
Demi diriku tak berharga lagi untukmu
Biarlah kuterima kenyataan ini… )

Harapan setinggi gunung
Berderai menjadi debu
Mengapakah kisah sedih
Yang selalu ku alami

Kupercaya padamu
Dengan sepenuh hatiku
Engkaulah cahaya
Penerang jalan hidup

Tapi kau permainkan ( hatiku luka )
Engkau sakitkan hatiku ( hatiku luka )
Sengaja kau bermesra
Dengan dia teman barumu

Apa daya ku ini
Engkau bebas membuat pilihan
Tak dapatku halang kau kau kau kau kau
Terhadap dalam cinta

hu… hu hu…
Hatiku luka kerna kau
Yang tak bertimbang rasa
Kulepaskan kau pergi
Asalkan kau bahagia ( hatiku luka )
Ketika kau melangkahkan kaki ( hatiku luka )
Jangan kau menoleh kepadaku
Ku tak sanggup ( hatiku luka )
Melihat kau berlalu ( hatiku luka )
Hatiku… Luka… Lagi…

Lirik Lagu Hentian Ini – XPDC

Di hentian ini Tertinggal dalam kesunyian
Di hentian ini Bersama bayang menjelma
Kau nyalakan cinta Terbakar jiwa yang begini
Kau curahkan rasa Hanyut dilautan api
Sedang aku berkelana Pahit manis aku rindu
Hingga aku diasyikkan sejuta mimpi Sebuah mahligai impian
Akan ku turuti Walaupun aku tak tahu lagi kemana arahnya
Tak ingin aku hancur sendiri dimakan waktu
Kau dimana jua Terdamping didalam hatiku
Kau apa pun kita Tetap di hentian ini

Lirik Lagu Hiburkan Hatimu – Black Dog Bone

( 1 )
Padamu kawan aku berpesan
Hilang kekasih jangan kau sedih
Dia yang pergi biarkan saja
Carilah ganti yang istimewa

( korus )
Apa guna kau kenang
Orang yang hilang
Alam luas terbentang
Hidup harus riang

Mari bersama dendangkan lagu
Untuk menghibur hatimu itu

( ulang 1 )

Lirik Lagu Hidup Bersama – XPDC

Di tepi pantai yang indah
Ku duduk seorang diri
Suasana sepi

Teringat dikau di waktu malam
Wajahmu selalu ku terbayang
Padamu wahai sayang

Aku tetap merayu
Pada dewi puspita hatiku
Ku tidak lupa akan janjiku
Di waktu pertemuan
Kita dahulu
Hidup bersama disampingmu

Lirik Lagu Hingga Akhir Nanti – Asha Malik

Andainya dapat
Ku putarkan waktu dulu
Kala aku denganmu
Akan ku curah
Beribuan rindu hati
Agar dapatku curi hatimu

Berhelai surat
Berwarna-warni gurauan
Kini tinggal kenangan
Kelewatanku untuk
Mengetuk hatimu
Untuk meluahkan rasa hati

( korus )
Kau… ku cinta…
Ku rindu…
Hingga akhir nanti
Kasihku…
Sayangku…
Cahaya hidup
Semoga di suatu masa
Akan bersatunya jiwa
Hadirlah bahagia
Dan asmara
Gemerlapkan rindu
Menjadi nyata…

Lirik Lagu Huray! Huray! King El Mondoque – XPDC

Dah lama sangat
Dah naik karat
Nak nak kiamat
Masih merempat
Masih melarat masih keparat

Mana maruah
Mana merdeka
Mana sakinah
Bukti satumu
Buktikan jitumu
Bukti tahu mu

Huray! Huray! King El Mondoque
Huray! Huray! King El Mondoque

Tafsir Tuan kami ni siapa
Tikus parit tikus sawah
Tikus sampah
Tikus bukit tikus rimba tikus kota
Dilahirkan hanya untuk dinista

Uh… bukan ingkar
Uh… nak derhaka