Lirik Lagu Keliru – AC Mizal

Tak mahu memuja
Ku tak mahu bermimpi
Bayanganmu mendekati
Hatiku kini sudah mula keliru
Memilih yang mana satu

Ingin dalam pelukanmu
Merasa kehangatan
Gurauanmu menjadi nyata
Mengapa kau sengaja
Engkau cuba menduga
Kesetiaan diantara kita

Keseorangan menyiksakan
Bila tanpamu
Kerana wajahmu selalu dalam fikiranku
Kesepian menyeksakan bila tanpamu
Katakan mengapa oh katakan kenapa

Hidup menular bila ku bersendiri
Hadir tanpa penjelasan
Memang wajahmu selalu dalam ingatan
Mana satu ku keliru

Lirik Lagu Seri Langkat – Amelina & Jamal Abdillah

( 1 )
( J: )
Seri Langkat Kuala Tungkal, amboi
Padi pulut enak rasanya, sayang
( A: )
Kalaulah kail, kalaulah kail panjang sejengkal
Janganlah laut hendak diduga
( J/A: )
Amboi, Seri Langkat
Amboi, Seri Langkat

( 2 )
( J: )
Dayunglah sampan menuju pulau, amboi
Bila sampainya daku tak tahu, sayang
( A: )
Ombak dan badai, ombak dan badai takkan kuhirau
Asalkan sampai tempat kutuju
( J/A: )
Amboi, Seri Langkat
Amboi, Seri Langkat

( J: )
Buahlah betik dalam perahu, amboi
Enak dimakan di hari petang, sayang
( A: )
Hidup di dunia, hidup di dunia kalau berilmu
Jadi sanjungan setiap orang
( J/A: )
Amboi, Seri Langkat
Amboi, Seri Langkat

( J: )
Seri Langkat lagunya ini, amboi
Bunga melati di dalam hidup, sayang
( A: )
Bagaikan sifat, bagaikan sifat si batang padi
Makin berisi tambah merunduk
( J/A: )
Amboi, Seri Langkat
Amboi, Seri Langkat

( ulang 1 & 2 )

( J/A: )
Amboi, Seri Langkat
Amboi, Seri Langkat
Amboi, Seri Langkat
Amboi, Seri Langkat
Seri Langkat
Seri Langkat

Lirik Nasyid Antara Mata Dan Hati – Hijjaz

Bila melihat malam yang indah ini
Tidak terasa kebesaran Allah
Bila mendapat musibah lupa dirinya hamba
Nikmat yang datang tiada rasa darinya

Sepatutnya rasa malu kepadaNya
Kerana anugerah kepada kita
Membuat dosa rasa kekesalannya

Buta hati lebih merbahaya
Buta mata tidak nampak dunia
Buta hati tidak nampak kebenaran
Buta hati di tipu nafsu dan syaitan

Bahkan dilupakan saja
Semua orang rasa bangga dengan dosa

Bila menyebut neraka
Tidak terasa akan gerunnya
Bila menyebut syurga
Tidak terasa akan nikmatnya

Itu menunjukkan
Jiwa kita mati atau buta

Lirik Nasyid Cahaya Illahi – Hijjaz

Ya nabi salam alaika
Ya rasul salam alaika
Ya habi salam alaika
Solawatullah alaika

Para rasul nabi-nabi
Adalah cahaya ilahi
Memimpin ummat dari kekufuran
Membawa rahmat keseluruh alam

Para sahabat dan tabin
Dan juga para alimin
Menjadi pewaris nabi
Menuju jalan cahaya illahi

Ummat manusia ramai yang alpa
Tenggelam dalam nikmat dunia
Sedarlah kita wahai manusia
Kembalilah ke jalan taqwa

Lirik Nasyid Damai Nan Indah – Hijjaz

( korus )
Kepekatan malam dihiasi rembulan
Siang pula datang bersama sinaran mentari
Dalam resahnya hati ini
Ku turutkan langkah kaki
Tak terasa ku lalui
Jalan yang berliku-liku

( 1 )
Ku jatuhkan pandangan
Ku lihat jurang dalam
Penuh dengan onak duri
Yang amat mengerikan

( 2 )
Kudongakkan kepala
Kulihat langit tinggi
Terbentang luas tiada bertepi

CahayaMu indah menyinari hidupku ini
KasihMu tambah memupuk Iman di jiwaku
Dengan cahayaMu terang pelita di hatiku
SyiarMu membuat musuhMu terpaku

( ulang korus, 1 & 2 )

KalamMu indah terdengar merdu di telinga
MehnahMu itu mengajar menyedarkanku
KasihMu Tuhan membuat hatiku merindu
Kurasa indah di dalam rahmatMu

Lirik Nasyid Dengan Keizinanmu – Hijjaz

Allah Allahu Akbar
Allah Yang Maha Besar ( 4X )
Allah rabbul alamin
Ya Rabbi

Insya Allah
Dengan keizinanMu Tuhan
Aku akan jejaki jalan yang Kau redhai
Suka dan duka ku terima dengan penuh taqwa
Aku bersyukur menerima rahmatNya

Insya Allah
Dengan keizinanmu Tuhan
Aku akan mencapai cita-cita yang murni
Aku abdikan hidupku dan nantinya matiku
Untuk Mu Tuhan, kerana Mu Tuhan

Allah Allahu Akbar
Allah Yang Maha Besar (4x)
Allah rabbul alamin
Ya Rabbi

Tuhan ku pasrah pada Mu Tuhan
Ku pohon hidayah Mu
Ya Allah Tuhan Engkau Yang Maha Pengasih
Maha Penyayang
Moga dosa-dosaku kan terampun
Ya Allah Tuhan Engkau Yang Maha Pengasih
Maha Penyayang
Moga ku sejahtera di dunia dan sesudahnya

Insya Allah
Dengan keizinan Mu Tuhan
Ku akan bersedia bila waktunya tiba
Aku sentiasa mematuhi rukun dan perintah Mu
Ini janjiku, pada Mu Tuhan

Lirik Nasyid Dia Kekasih Allah – Hijjaz

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Lirik Nasyid Fatamorgana – Hijjaz

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

( korus )
Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

( ulang dari korus )

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah

Lirik Nasyid Hadis – Hijjaz

Ibnu Abbas Radia Allahu Anhu meriwayatkan.
Bahawa baginda Rasulullah S.A.W bersabda:
“Demi yang diriku di tangannya.
Jika sekiranya segala langit dan bumi
Dan siapa yang ada padanya,
Dan apa-apa yang ada di antaranya,
Dan apa-apa yang ada di bawahnya,
Diletakkan di sebelah dacing
Dan kalimah Laa Ilaha Illa Allah
Di sebelah yang lain
Maka dacing kalimah itulah lebih berat.”

Lirik Nasyid Hidupnya Insan – Hijjaz

Hidupnya insan tiada yang abadi
Menunggu saat panggilan azali
Hilanglah nafas tak bergerak lagi
Tanah perkuburan kita bersemadi

Ya Tuhan Ya Allah Ya Rahmat ampuni kami (2X)

Mayat terbujur telah dikafan
Dibawa pergi sanak saudara
Di kubur tempat akhir pesanan
Tinggal di dalam gelap gelita

Ya Tuhan Ya Allah Ya Rahmat ampuni kami (2X)

Talqin dibaca ingatan diberi
Kepada semua yang hidup lagi
Jadikan tauladan kesedaran diri
Kubur yang sempit siksa sekali

Ya Tuhan Ya Allah Ya Rahmat ampuni kami (2X)