Lirik Lagu Apo Kono Eh Jang – Ally Noor & Mastura

Jang oh Jang
Mano pulak poi eh budak bertuah ni
Sonyap yo…
Siaplah jang oi…
Kobau tu tak boghi makan lai

Batu kikir jambatan bosi
Gulai udang sebelango
Cubo omak fikir dalam hati
Ayo ni bujang sudah lamo aih

Apo kono eh jang kau monong ajo
Orang ke bulan ekau di mano
Muko berpoluh apo teghaso
Carian ubek penawa duko

Poilah mandi hari dah tinggi
Jangan temonung menoman tanggo
Ke sawah kito menuai padi
Apo dikonang pekaro yang sudah

Si milah kau gilokan
Orang dah masuk meminang
Mano den lotak muko
Kondak kau jang diambik orang
Biar omak cari an lain
Ompuk orang jangan diidam

Ha… tu lah, dulu lai den koba kan
Kojo jang… kojo.
Ni.. ke kobun maleh
Ke sawah liat pulak tu

Ah.. Omak ni..
Sekolah tinggi tinggi takkan ke sawah do
Buek malu yo…

Nak kan anak orang tak payah beduit
Apolah nak jadi kau ni jang oi hai…

Abih macano mak
Badan seh ni nak domam yo ghaso eh

Dah den koba an dulu kumpo kan duit
Pinanglah copek ini kau tangguh an
Ke sawah kota mengumpo belanjo
Bekonan den si milah buek menantu

Apo lai kau sosakan
Menghaung tak ado guno
Milah kawin minggu dopan
Melopong kau jang putih mato
Jangan lai dikonang konang
Asik dikonang merano badan

Bekocak air di boting
Limau manih betaruk mudo
Bio becacak koghih dan lombing
Putih kuning den tarik juo

Kau nak apo an milah tu pulak
Jangan jang, malu omak
Kito yang susah nanti

Seh tak kiro
Seh nak an jugo milah tu mak
Apo nak jadi, jadilah

Dah di haruk setan ko budak ni
Dunio pun tak nampak layi…

Ke jelobak ke jelobu
Tuai padi tigo tangkai
Kato ombung den…
Kato ongah den…
Kato ocu den
Podih nyo hati menanggung malu
Tak mati badan menghasai… Aih

Apo kono eh jang…

Lirik Lagu Bang Boom Bang – A to Z

Depa dok kata kita lupa
Lupa tang mana pulak
Depa dok gebang menara kita
Menara berkembaq dua

Hang singgah sat di airport kita
Besaqnya tak terkata
Hang tengoklah kompleks kita
Indahnya Cyberjaya

Jangan dok lupa jambatan kita
Terpanjang di asia
Pandu ujilah kereta kita… (tu dia)
Buatan malaysia

Pandanglah di mata-mata alpa

Fikirkanlah kita semua
Renunglah ke minda-minda kita
Dunia menjeling kita penuh rasa

Kemanakah arahmu masa kini
Sehingga sering kali kau terlupa diri
Dimanakah letaknya harga diri
Sehingga kini masih tak teguh berdiri

( korus )
Mai dok gebang bang boom bang
Ilusi oh! duniawi
Mai dok gebang jangan kau gempar kami begini
Mai dok gebang bang boom bang
Kau sepi dan kau pergi
Mai dok gebang biar mentari muncul kembali

Lirik Lagu Belit – A to Z

Sejak kau kenal dunia ku
Kau kembali menagih cintamu
Tak ku pinta kau berlalu
Kini menyesali sikapmu

Pujuk rayu mu
Membuat ku terharu
Bukan tak sudi padamu
Ku tahu maksudmu

Engkau diburu oleh mimpi semalam
Yang tak mungkin ia bermula… ohhh !

Pembelit oh !
Tak ku sangka kau pembelit… Oh !
Tak ku rela ku dibelit… oh !
Tak ku punya wang berbukit… oh !
Kau pentingkan wang ringgit

Lirik Lagu Berjanjilah – 6ixth Sense

Berjanjilah kepadaku
Kau akan selalu disampingku
Ku kan selalu temanimu
Kerna ku setia pada janjiku

Ku harap kau takkan lupa
Segala mimpi-mimpi indah kita
Kau telah membuat diriku

merasa bangga menjadi temanmu oooo..

Jangan biarkan aku
Keseorangan
Dan genggamlah erat tanganku
Bila ku terlepas dari genggamanmu

Kejarlah diriku
Supaya kita kan terus bersama hooo…

Lirik Lagu Bersama Semula – ACAB

Terkenang dan terbayang
Tak dapat nak kulupakan
Tapi sayang
Semuanya tinggal kenangan
Temanku kasihku
Ku ingin seperti dulu
Bersama menjelajah dunia

Kekuatan,kebanggaan bebas dan terus berjalan
Kenangan tak mungkin aku lupakan
Dan ku harap teman semua dapat bersama semula

Perjuangan kita masih belum pudah

(Chorus)
Kemananya……..
Teman setia

Perjuangan ku…
Ingin kau semua
Bersama semula

(Ulang chorus)x2

Lirik Lagu Bicara Rindu – A to Z

Bicara saat ini aku merindu
Seraut wajahmu… oh! sayang ku
Ternyata hanya dulu indah bicara
Dan gurau tawamu di hatiku

Walau seiring sekata
Namun terpisah haluan berbeza antara kita
Kini aku sendiri sendiri lagi
Mengapa ku disiksa sebegini

( korus )

Kau bagiku penawar duka
Bila ku berduka kau senantiasa
Bersamaku setiap waktu

Kasih ku kau pergi jauh dari sisi
Ku kehilangan mu tanpa ku sedari
Aku kini sebagai teman biasa
Namun ku doakan kebahagian dirimu
Sayangku…
Biar apa terjadi namun aku sendiri
Mengapa ku disiksa sebegini

Lirik Lagu Bila – Ajai

Bila…
Ku renung potretmu
Tiada dapat ku bendung
Perasaan hatiku

Bila…
Kau tiada di sisi
Ku dirundung sepi
Menusuk naluri

Di kala
Fajar timur menyingsing
Kenangan menyusur kembali
Sewaktu kita berdua kasih

Memori
Di suatu pagi yang hening
Di bawa bersama deru bayu
Dikau menghilang tanpa relaku

Bila ku tangisi
Tiada airmata
Bila ku rindu
Kau tiada lagi di sini

Bila ku kenangi
Yang aku sedari
Kau telah pergi
Pulang entah bila lagi
Oh

Bila oh bila
Ku renung potretmu
Tiada dapat ku bendung
Perasaan hatiku

Jiwaku
Dibaluti kesedihan
Ku kini tinggal keseorangan
Tanpa dirimu sebagai teman

Lirik Lagu Bisikan Asmara – Ajai

Tak pernah ku rasai sebegini kekasih
Sejak kau hadir dalam hidup ini
Bagaikan mimpi indah yang aku alami
Bertemu cintaku dengan cintamu

Bisakan asmaramu
Makin riang riang di telingaku
Tak dapat ku lupa cintamu selamanya

Selautan asmara kasih
Ku hadiahkan untukmu saja

Tanda cinta kita buat selamanya
Kaulah satunya dalam hidup ini

Kini aku mengerti apa erti cintamu
Betapa sucinya cintamu kasih
Bagaikan mimpi indah yang aku alami
Bertemu cintaku dengan cintamu

Tuhan berkatilah cinta untuk selamanya
Agar aku dapat merasakan kasih sayang
Darimu sahaja

Lirik Lagu Bukan Sekadar Bunyi – 5forty2

Mungkin esok lusa atau japgi kite mati
Muzik menghiburkan tapi ada landasan
Kan lebih elok jika diselit dgn tauladan
Bukan hanya khayalan&angan kosong smate
Seni yang sia-sia nilai murah tak bergune
Baik gabungkan seni hiburan dan pemikiran
Muhasabah diri sambil memberi peringatan
Tonjolkan kematangan dalam seni persembahan
Muzik alunan ciptaan buat semue golongan
Bukan sekadar ucapan bukan sekadar bunyi
Mampu ubah diri,ideologi dan persepsi

<Verse 3
Macam mana menyumbang pada moral masyarakat?
Kasi diorang semua tau mana betul mana salah
Apa guna Tuhan bagi dekat kita semua bakat?
Setiap kebolehan guna untuk tunjuk arah
Kalau diri tak sempurna layak ke bersuara?
Takda oang sempurna, nak tunggu sampai bila
Kalau orang tak trima, nak buat macam mana?
Buat dengan niat ikhlas tak payah risau apa
Bukan ker buat music asalkan boleh jual?
Tapi kita mesti ingat pahala lagi mahal
Perjuangan memang susah, untuk apa kita buat?
Ingat atas sana ada kuasa lagi kuat

Lirik Lagu Cenderawasih – 2D

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan

Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur berketurunan bermandi hinaan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Penat hamba menanam ubi
Ramai berladang nenas di seberang
Penat hamba menabur budi
Emas jua dipandang orang

Orang cina menghisap madat
Duduk di bangku berkain chukin
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia kerana miskin

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan