Lirik Lagu Cinta Terpendam – Haliza

Kenyataan… apalah hendak dinafikan
Kau dan aku dulu saling memendam rasa
Engkau tahu dalam diam engkau ku puja
Aku sedar pada ku kau jatuh cinta

( korus )
Tapi kau ragu-ragu
Untuk luahkan hasrat
Sedangkan aku pemalu
Lidah sentiasa kelu
Akhirnya cinta membeku
Di sudut kalbu tanpa titik temu

Hari ini kau dan aku berjumpa lagi
masing-masing dengan teman hati sendiri
Mengapakah hari ini bukan semalam
Agar tiada kesan cinta yang terpendam

Lirik Lagu Dari Kekasih Kepada Kekasih – Hattan

Entah berapa kali
Kucuba membohong hati ku ini
Hebat dilanda
Rindu padamu
Namun semua alasan
Rapuh bagaikan awan berarak
Yang memang tidak pernah abadi
Dan terlalu cepatnya berlalu
Pabila di giring angin
Dan mudah pula layu
Selepas ia melimpahkan
Titis-titis ehsan

Kini hatiku sangat terdesak
Untuk memilikimu
Agar bisa aku meneruskan
Sisa-sisa hidupku ini
Seperti manusia yang punya kekasih
Yang punya kekasih

Lirik Lagu Dewi – Hattan

Wahai dewi
Bukan aku sengaja
Mahu cuba menggoda
Ataupun mengujimu oh…

Apa daya
Aku tak berkuasa
Ke atas jiwaku ini
Apalagi kau tak mengerti
Insan yang mana
Dapat bertahan

Kalau pun mahu
Kalau serangan
Yang datang mencengkam
Di perasaan
Bukannya datang dari yang lain
Dari yang Maha Pencipta oh…

( korus )
Tak mahu ku jadi
Golongan yang rugi
Lain kata hati lain dituruti
Aku ‘kan lafazkan
Perkara yang sebenar
Terpulanglah padamu
Untuk menerima
( 2X )

Bisikan hati ohh…
Yeah Yeah Yeah…

Lirik Lagu Dia – Hattan

Dia
Menghimpit dengan mesra
Dan kerananya
Aku hilang
Darah dan menjerut ingatan
Dan mencari kenangan

Jika tahu tenggelam
Tak ku layar bahtera
Di ombak ganas
Menghempas
Perlayaran ku terkandas
Dan mencari kenangan

1
Yang ku sambut
Dosa yang hilang
Lalu sepi terasa
Di bawa ketenangan
Di bawa kesepian

( korus )
Bila larut menjelma
Hampir siang mataku terjaga
Yg pulang hanya mimpi
Kehadiran ku menyepi

( korus 2 )
Intan
Usah diharap
Perutusannya
Ada masa menjunam
Ada masa melayang
Di awan nan biru

( ulang dari 1 )

Lirik Lagu Dia – Statik

Sudah aku menunggu,
Dari awal seminggu,
Dalam hati,
Tak sabar menanti,
Hari ini..

Tiba aku di sini,
Di tempat pertama kali,
Ku berjumpa,
Oh dengan si dia,
Oh di mana,
Kelibatnya?

[chorus]

Mungkin dia terlupa,
Hari ini adalah hari yang bermakna,
Bermakna…
Pelangi yang tercipta,
Makin hilang dari pandangan..

Sudah aku di sini,
Di tempat penuh memori,
Ku berjumpa,
Oh dengan si dia,
Dan inikah,
Kesudahannya?

Lirik Lagu Gadis Idaman – Handyblack

Berkurun lama telah aku rahsiakan
Cinta padamu kerna dikau laksana
Ratu di singgahsana di hatiku
Bertakhta kau selamanya

( 1 )
Kugenggam bara api cinta yang kau dambakan
Kan kupatrikan kasih yang kian menyala
Kupimpin tanganmu ke istana bahagia
Kesyurga kita yang menanti di sana
Segala kuimpikan bersamamu
Hanya dikau gadis idaman… hu yea

( 2 )
Cinta kasih ini
Untuk dikau kasih
Telah tersemat hanya
Dikau pujaan jiwa

( 3 )
Hati ini bertanya
Bilakah akan tiba
Detik untuk bersama
Wahai gadis idaman

( ulang 2 & 3 )

( ulang 1 )

Lirik Lagu Gelap – Statik

Satu terima kasihku
Dua jagalah dirimu
Tiga hapuskan diriku
Moga bahagia selalu
Dosa oh aku akui
Lemah aku tak pernah menduga
Inikan terjadi
Moga di sinilah titik noktah

Rasa ini rasa syurga
Tiada lagi cahaya
Biar gelap yang membuta
Bawa ku ke arah nyata
Rasa ini rasa syurga
Tiada lagi cahaya
Biar gelap yang membuta
Bawa ku ke arah nyata

Satu terima kasihku
Dua jagalah dirimu
Tiga hapuskan diriku
Moga bahagia selalu
Dosa oh aku akui
Lemah aku tak pernah menduga
Inikan terjadi
Moga terhenti disini

Lirik Lagu Gerhana – Hattan

Oh siapakah
Yang datang bersama malam
Dan menghilankan
Wajah siang hariku
Oh engkaukah
Aku tak ingin menjemputmu
Biarlah kau hanya
Berdiri di depan pintu
Kau hancurkan hatiku
Kau musnahkan harapanku
Pulanglah ke tempat asalku
Tempat asalmu
Oh bilakah
Gerhana kan pergi dari sisiku
Pergilah engkau
Dengan janji-janji palsumu
Gerhana oh… oh…
Gerhana oh… oh…
Oh bilakah
Gerhana dalam jiwaku
Oh bilahkah
Gerhana kan pergi dari sisiku
Pergilah engkau
Dengan janji-janji palsumu
Inginku berlari jauh
Tapi kau masih mencari
Pulangkalah ke tempat asalmu
Tempat asalmu

Lirik Lagu Hai Hai Bye Bye – Ezlynn

( verse 1 )
Mula terasa resah bagai ada yang berubah
Mungkin ku lewa atau kau dah pun beralih arah
Bila berdua tak seperti dahulu kala
Definisi gembira bermakna bila ku tiada

Dulu senyum ku manis raut wajah ku jelita
Kini semua pahit tak seperti Erra Fazira
Namun hakikatnya serik ku mendengar alasan
Letih dan bosan bertepukkan sebelah tangan

( korus )
Kau mahu caraku, sempurna untukmu
Apa kau sangka ku ahli silap mata
Ku berikan cinta, kau berikan dusta
Kini kau kata hi hi, ku katakan bi bi
Biar ku berdikari untuk hidup sendiri
Jangan kau hampiri menagihkan simpati

( verse 2 )
Mula ku kau kenali, gunung sanggup didaki
Setelah hati dicuri, telefon pun tak sudi
Ingatkah siapa membawa senyuman tika duka
Benar kata Dr M, Melayu mudah lupa

Berikan semula potret ketika bersamaku
Pulangkan Hello Kitty hadiah di hari jadimu
Mungkin nanti kau tahu rasa sakitnya hati
Bila masa dan usaha bagai tak dihargai

( ulang korus )

( rap )
Sesekali terlintas di fikiran
Untuk terima saja keadaan
Baik ku kecewa dari buta
Habiskan masa dan Ringgit Malaysia
Pasti egomu tak hairan
Merasakan penangan
Mungkin ada lain yang lebih sudi
Ku petik jari ramai yang menanti

Hi, Hi, Hi, Yai, Yai, Ho Ho Ho Ho Ho Ho
Hi, Bi Bi
( ulang 2X )

Kini kau kata, Hi, Hi
Ku katakan, Bi, Bi

( ulang korus )

Tak termakan rayu takkan ku menyesal
Dengarkan kataku selamat tinggal

Lirik Lagu Hani – Hattan

Hani

( 1 )
Hani kau berikan nama rahsiamu
Tapi kau tak berikan nombor sulitmu
Hani kau bisa lakonkan adegan cumbu
Tapi kau tak jiwai cintamu yang kau
Lelongkan pada mereka

Hani kau memang pandai berpura-pura
Mempamerkan wajah insan yang lemah
Hingga hati yang segarang Raja Rimba
Menjadi lemah dan terpedaya
Kontangkan saku untuk cenderamatamu

( korus )
Oh… Hani
Sampai bilakah kau dapat bertahan?
Sebelum ‘Istana Kacamu’ dirobohkan
Oh… Hani… Oh… Hani…
Oh Hani…
Berikanlah nombor sulitmu
Sebelum Rolls Royce ku menjemputku pulang
Oh… Hani… Oh… Hani…

( ulang korus )

Hani kau memang pandai berpura-pura
Mempamerkan wajah insan yang lemah
Hani…

( ulang 1 )
( ulang korus )