Lirik Lagu Kita Satu – Spider

Sering ku bertanyakan
Di manakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Penyesalan cinta dalam diam

Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan

Chorus
Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku

Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama

Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan

Ulang Chorus 2X

Kerana engkau adalah milikku

Lirik Lagu Kupu-kupu – Hattan

Bayangkan kau seekor kupu-kupu
Sedang berterbangan dalam sebuah taman
Kau tak tahu akan nasibmu
Kau hanya terbang mencari madumu

Dulu kau buta tak tahu
Dalam kepongpongmu, dalam kepongpongmu
Kini lihatlah semua
Lihat sekelilingmu, lihat sekelilingmu

Warna sayapku mungkin gemerlap
Indah mata memmandang bilaku terbang
Tapi hanya masa akan menentukan
Bila kujadikan perhiasan dindin

Aku kecil dan tak berkuasa ku tak berkuasa
Tapi mataku tak dapat dilindungi dari
Melihat akan kecurangan

Yang benar tetap benar walau diselindungkan
Yang salah tetap salah walau dipertahankan
Dari itu jangan kau tangkap aku
Aku di sini hanya sementara waktu

Lirik Lagu Lagu Gembira – Eddie Ahmad & Hamidah Ahmad

( 1 )
EA:
Andai aku pandai menyanyi
Tua muda miskin dan kaya
Tentu suasana gembira
Mendengar suara merdu
Bagai buluh perindu
Banyak orang rindu

HA:
Andai aku pandai menyanyi
Tua muda miskin dan kaya
Tentu suasana gembira
Mendengar suara merdu
Bagai buluh perindu
Banyak orang rindu

( 2 )
EA: & HA:
Ho… ho… ho… ho…
Ho… ho… ho… ho…
EA:
Ha ha ha ha…
HA:
Ha ha ha ha…
EA: & HA:
Ha ha ha ha…

( korus )
EA: & HA:
Ku menghibur hati duka
Hilang nestapa datang suka
Bintang di balik awan senyum
Hahaha aaa hahaha aaa
Hahaha aaa hahaha

( ulang 1, 2, korus )

Hahaha aaa hahaha aaa
Hahaha aaa hahaha

Lirik Lagu Laguku Untukmu – Hasnol

Kehadiran membawa seribu erti
Terasa bagaikan suatu mimpi
Indah mahligai yang kita bina
Impian kini terlaksana sudah

Tiada ku terlintas akan terjadi
Kita kan terpisah jua akhirnya
Sejenak ku terfikir segala
Oh keindahan bersamamu

( 1 )
Kembalilah kasih kepada diriku
Hidupku sepi tanpa kehadiranmu
Dengar rayuanku jeritan batinku
Masih dahagakan kemesraanmu
Hanya kau yang ku cinta tiada kedua
Usah biar ku menderita

Setelah kau pergi tiada kembali
Pilunya tak dapat ku menggambarkan
Abadi kasihku yang amat suci
Biarku yang dalam kegelapan

Dengarlah dendangan laguku untukmu
Suara hati lambang suci murni
Berat saatku dilamun rindu
Setelah lama dikau pergi oh…
Kasihku… oh…

( 2 )
Kembalilah kasih kepada diriku
Hidupku sepi tanpa kehadiranmu
Dengar rayuanku jeritan batinku
Masih dahagakan kemesraanmu
Hanya kau yang ku cinta tiada kedua
Usah biar ku menderita

Setelah kau pergi tiada kembali
Pilunya tak dapat ku menggambarkan
Abadi kasihku yang amat suci
Biarku yang dalam kegelapan
Kasihku… oh…

Lirik Lagu Lebaran Wal Faizin – Hasnol

Setelah berpuasa satu bulan lamanya
Berzakat fitrah menurut perintah agama
Kini kita beraidil fitri berbahagia
Mari kita berlebaran bersuka gembira

Berjabat tangan sambil bermaaf-maafan
Kirim dendam habis marah di hari lebaran

( korus )
Sinar aidil wal faizin
Maafkan zahir dan batin
Selamat para pemimpin
Rakyatnya makmur terjamin

Dari segala penjuru mengalir ke kota
Ramai orang berpakaian baru serba indah
Setahun sekali marilah bersuka-suka
Agar hilang segala rasa sedih dan duka

Berbelanja jangan boros ikut suka hati
Nanti tuan-puan yang akan susah sendiri

( ulang korus )

Hari raya ini hatiku riang sekali
Ada ketupat kuih-muih bermacam lagi
Kuih koci kuih yang sangat aku gemari
Di luarnya pulut di dalam berisi inti

Mari puan mari tuan berjamu selera
Ketupat dan kuih hidangan di hari raya

( ulang korus )

Lirik Lagu Lenggang Mak Limah – Halil Chik & Trio Manja

( Hai lenggang sayang )
Lenggang lengggok Mak Limah jalan berlenggang
( Hai lenggang sayang )
Menyambut tiba hari raya menghias rumah
( Mak Limah sayang )

Ramai tamu Mak Limah datang ke rumah
( Mak Limah sayang )
Ketupat rendang kuih-muih sama dihidang
( Hai lenggang sayang )

Sungguh lawa Mak Limah pandai menghias diri
Sayang sedikit Mak Limah tak ada gigi
( Mak Limah sayang )

Hari raya Mak Limah tak lupa zakat fitrah
Mohon doa moga-moga panjang usia
( Mak Limah sayang )

( ulang dari mula )

Mak Limah sayang
( Hai lenggang sayang )
( 2X )

Lirik Lagu Mawar Ku – Eddie Ahmad & Hamidah Ahmad

EA:
Kau mawar ku
Juwita kalbu
Gadis yang ku rindu
Kau remaja mencuri hati ku
Merayu jiwa ku

HA:
Kau teruna
Rangkai nyawa
Lampu hati beta
Mestikah pergi jauh kembara
Ku terbayang jua

EA: & HA:
( korus )
Bila engkau hilang di mata
Tidur nyenyak ku tak bisa
EA:
Ku terkenang wajahmu dinda
EA: & HA:
Hancur kerna
Kau jelita/teruna

( ulang korus )

EA:
Mawar putih
Suci murni
Pujaan jauhari
EA: & HA:
Senyuman mu yang menawan hati
EA:
Gadis ku pertiwi

Lirik Lagu Memburu Rindu – Hattan

Kemanakah hatimu kala aku
Menanti kata cinta Mengalir air mata
Kala sepi tiba

Terasakan langkahmu makin laju
Melangkah batas rindu
Dan aku pun memburu
Mentari yang jauh

Berikanlah masa untukku
Mendendangkan kasih dalam syahdu
Tidak terhenti pilu di dadaku
Terlepas bayangmu

Kugenggam angin semalam
Kusimpan jadi nyanyian
Kupeluk bayang hitamku
Menjadi kamus mimpiku

Lirik Lagu Meniti Perjalanan – Hattan

Kini ku sendirian meniti perjalanan
Jiwaku kehausan rindukan pertemuan..pertemuan..
Setelah kau ku tinggalkan
Ku diburu sesalan
Dosa-dosa silam ku pohon keampunan…keampunan

( korus )
Ingin menyusur kembali
Jalan yang kita lewati
Ingin daku ulangi
Bersama kasih

Tapi sayangnya hatimu terkunci
Tiada ruang lagi untukku memberi
Sayangnya kehadiran ini
Inginnya sekali tak lagi bererti
Apa yang dah mimpi
(tak lagi bererti tak seindah mimpi)

Ingin ku sendirian
Meniti perjalanan
Ku hadapi kenangan
Dalam kesyahduan kesyahduan

Lirik Lagu Ni Hao Ma – Khalifah

Nak ku cerita satu cerita
Kisahnya yang bermula
Satu ketika malam menjelma
Gelita oh gelita

Hembusan bayu bertiup laju
Hanya kedengaran bersahutan

Laju basikal ku kayuh laju
Menggigil lutut kakiku
Macam ku dikejar sesuatu

Dan tiba-tiba
Bagaikan ada satu lembaga
Makin hampir aku kepadanya
Rupanya gadis Cina yang membawa timba
Dan pisau torehnya berbasikal tua
Dengan kasut getahnya

Aku pula bertanya
Pada amoi itu ni hao ma (ni hao ma)
Dia senyum ketawa
Sambil berkata hen hau saja (hen hau)

Amoi you siapa nama
Amoi you tinggal di mana
Amoi you umur berapa
Amoi you sudahkah ada yang punya
Saja mahu tanya

Katanya
Lim Su Kim saya punya nama
Tinggal di Kampung Baru Cina
Umur 23 saya belum berpunya

Amoi mari berlumba
Berlumba dengan saya
Kita berlumba dengan basikal tua
Inilah cerita yang nak aku cerita
Amoi dan timbanya
Dan basikal tua