Lirik Lagu Berpisah Akhirnya – Black Dog Bone

Bukan kerana kujemu
Bukan kerana cemburu
Tapi hati tak tertahan
Terseksa diri

Puas kucuba merayu
Agar dirimu kan setia
Tapi kau mengabaikan
Rayuanku

( korus )
Usah dikesal
Tiada kekal
Berpisah akhirnya
Demi kebahagianmu

Oh beginikah akhirnya
Curahan sumpah setia
Ingin hidup berbahgia
Tapi hampa

( ulang korus )

Lirik Lagu Bersabarlah – Warisan

Bersabarlah dan bertawakkallah
Dalam kehidupan ini
Sesuatu yang terjadi itu
Tentu ada hikmahnya

Penderitaan yang engkau alami
Hanya suatu dugaan
Dan janganlah kau bersedih hati
Tuhan maha penyayang

Hatiku memahami derita yang kau alami
Diriku menyayangi oh dirimu
Linangan airmatamu
Hanya tuhan yang tahu
Perit yang kau tanggungi tak terkata
Sabarlah wahai insan
Yang sedang menderita
Janganlah putus asa

Kasih yang kau harapkan
Menanti dihadapan
Bahagia yang kau rindu
Terbuka diakhirat

Kuhulurkan tangan ini
Sebagai tanda kasih
Semoga kau menyedari
Niatku suci murni…

Lirik Lagu Biarkan Dia Pergi – Black Dog Bone

Usah kau ingatkan
Sidia yang menghilang
Apalah diharap janji dusta
Engkau tersiksa

Hampa hatimu kini
Dapat aku rasakan
Cintanya padamu hancur berkubur
Tiada kesal

Andainya dia memang jujur
Mengapa engkau ditinggalkan
Andaikan cintanya sejati
Mengapa ku tak sanggup tempuh kenyataan

Dugaan jadi penghalang
Kerana keluarga mu membantah
Ooo… ooo… ooo…

Walau kau merayu moga dia bersabar
Hingga ketikanya keluargamu akan memberi restu
Tapi ternyata dia bukan berhati setia
Tanpa pesanan kau ditinggalkan begitu saja

Janganlah kau tangisi lagi
Apa guna kesal dalam hati
Anggaplah kisah yang terjadi
Bagaikan satu mimpi lenyap bila pagi

Biarkan sidia pergi
Tak guna kau ingat lagi
Biarkan ooo… ooo… ooo
Biarkan mm… mm… mm…

Lirik Lagu Bila Rindu – Black Dog Bone

( 1 )
Bila rindu
Kupejam mata mengenang mu
Seakan engkau di sisiku
Diriku di rantau orang

( 2 )
Sungguh mesra
Pelukanmu masih terasa
Cintamu yang suci abadi
Terbayang siang dan malam

Walaupun kini kita berjauhan
Wajah dan senyumanmu di hatiku
Kau tahu ku takkan mengembara selamanya
Tunggulah sabarlah kukan kembali

( ulang 1 )

Dugaan hidup telah kita tempuhi
Kini semuanya telah berlalu
Kau tahu ku takkan mengembara selamanya
Tunggulah sabarlah ku kan kembali
Oh sayangku

( ulang 2 )

Bila rindu
Kupejamkan mata
Seakan kau di sisiku
Terbayang siang dan malam
Oh tunggulah sayang
Oh sabarlah sayang
Kukan kembali, kukan kembali
Oh… Oh

Lirik Lagu Bukan Kerana Dendam – Gingerbread

Betapa sakitnya hati
Disebabkan tatacara
Yang pernah engkau perbuat
Terhadap diriku

Sengaja kau permainkan
Cinta dan harapan ini
Kau biar ku kesepian
Kau buru pemuda yang tampan

( korus )
Kini kau dikecewakan
Oleh si dia
Mnegapa kau cari aku
Dengan tangis rayu

Bukan ku membalas dendam
Kerana sikapmu dulu
Tetapi diriku ini
Sudah pun punyai penganti

Lirik Lagu C.I.N.T.A. K.I.T.A. – XPDC

C.I.N.T.A. K.I.T.A. satu rasa
C.I.N.T.A. B.U.T.A. tak bermata lahirnya
C.I.N.T.A. G.I.L.A. pada harta
M.A.N.A. C.I.N.T.A.. yang sebenar2nya
C.I.N.T.A. K.I.T.A. sampai bila
Manakah satu arah kita sebenarnya dunia

Kita berasmara di dalam cinta yang tak bermaya
Kita berupaya selagi padu janji setia
Kita selami cinta ini kian lama
Telan arus nangis ketawa
Sama rasa pastinya
Walaupun tahu cinta itu tak bermata
Namun masih banyak ada
Yang menawan di dalamnya

Lirik Lagu Cahaya Aidil Fitri – Black Dog Bone

Bila tiba hari raya
Semua insan bergembira
Tetapi bagiku hanya kesedihan
Yang menyelubungi hidup

Ayah dan juga ibuku
Telah pergi selamanya
Terbiarlah aku ibarat musafir
Yang haus di padang pasir

( korus )
Siapakah yang sudi
Menghulurkan simpati
Kepada nasibku ini
Agar dapat kurasa
Nikmat di hari raya
Seperti insan yang lain

Ku meminta dan berdoa
Kepada Yang Maha Esa
Tabahkan hati berilah pedoman
Cahaya Di Aidil Fitri

( ulang dari korus )

Lirik Lagu Cepat Kaya – Senario

Dikata… dikata boleh untung berjuta
Tiba masa bergaya
Dicuba… dicuba tak perlu banyak kerja
Ini niaga pasti cepat kaya

Cepat isi borang jangan sampai petang
Wang anda tak akan terbang melayang
Cepat cari orang panggil adik abang
Nanti kita banyak wang

Pemuda pemudi pun boleh ikut sama
Pintu sentiasa terbuka
Dipikat diikat biar sampai dapat
Nanti untung aku yang sebat

Jangan potong orang itu kerja senang
Jangan sampai kena serang menyerang
Baru dapat orang belum dapat wang
Dah tunjuk pandai tunjuk belang

Puas nak naik pangkat
Badan kini dah penat
Sampai cakap pun dah tak larat
Seorang pun tak masuk jerat
Puaslah sudah aku pujuk-pujuk dia
Naik kering anak tekak
Tapi dia tak masuk juga
Hai letih…

Al kisah nak jadi kaya raya
Nak mengejar wang berjuta-juta
Modalnya alahai senang saja
Cuma hanya nak mencari mangsa
Kerja tak tentu masa
Niat dihati nak bantu bangsa
Pimpin isteri dukung anak
Mesyuarat merata-rata

Apalah nasib hai si-tulang empat kerat
Dikejar-kejar tak dapat
Tak dikejar kita merempat

Al-kisah nak jadi kaya raya
Nak mengejar wang berjuta-juta
Modalnya alahai senang saja
Cuma hanya nak cari mangsa

Lirik Lagu Cinta Berkarat – Senario

Kalau kerana cinta
Memang lelaki dah cukup teror
Kalau bercakap pula
Gunung tinggi boleh jadi rata
Biar papa asal bergaya
Duit poket tak cukup tak apa
Hutang berjela buat-buat lupa
Malam minggu yang lalu
Bawak awek tengok cerita hantu
Tapi malang nasibku
Dia datang bawak teman baru
Bentuk badan macam orang hutan
Gaya lagak orang masuk pekan
Meluat aku
Jumpa lelaki perasan

Sayang wahai sayang
Badan begitu memang tak padan
Bimbang jangan bimbang
Kau kan merana berbulan-bulan
Takut aku takut
Badan yang gemukkan tinggal tulang
Cukup tidak cukup
Kasih bagimu bukan sorang
Kalau cinta sudah berkarat
Gula batu rasa kelat

Lirik Lagu Cinta Sate – Senario

Sate-sate
Ayam, perut, lembu, kambing
Minta sate
Aku nak makan di sini

Sate-sate
Bukan lagu cinta sakti
Minta sate
Makan sampai tinggal lidi

Hangus ke mentah
Aku tidak peduli
Janji perut aku
Tidak berbunyi-bunyi

Makan-makan
Kalau tak cukup minta lagi

Makan sate
Bawalah sate kambing
Sate-sate
Makan tak henti-henti

Baumu aku mimpi
Dan tempatmu ku cari

Bawang pasangannya timun
Kuah pasangannya kacang
Telan pasangannya kenyang
Jangan tinggalkan nasi himpit

Mari-mari
Makan sate
Bawalah sate kambing
Makan sate
Jangan sampai tercekik

Bawalah pulang untuk
Anak-anak dan juga bini
(tua/muda)

Baumu aku mimpi
Dan tempatmu ku cari

Bawang pasangannya timun
Kuah pasangannya kacang
Telan pasangannya kenyang
Jangan tinggalkan nasi himpit

Mari-mari
Makan sate
Bawalah sate kambing
Makan sate
Jangan sampai tercekik

Asap dan api
Aku tidak peduli
Nak bakar sate
Aku terbakar jari

Bila dah hangus
Aku tengok lari sendiri

Makan sate
Hingga menjilat jari
Sate-sate
Makanan tradisi

Bawalah pulang untuk
Anak-anak dan juga bini
(tua/muda)

Bawalah pulang untuk
Anak-anak dan juga bini
(tua/muda)