Lirik Lagu Malas – Black Dog Bone

Ini zaman bukan untuk orang orang malas
Yang hidup hanya untuk bersenang saja
Tidak mahu bekerja keras

Gerakkan tulang mu empat kerat dengan cergas
Jangan takut peluh mengalir membasah tubuh
Demi untuk rezeki yang halal

( korus 1 )
Disuruh buat sesuatu
Usah kau bertingkah malas
Nanti majikanmu naik radang
Engkau akan dibuang kerja

Kalau dia sudah biasa bermalas malas
Lebih baik engkau jauhkan diri darinya
Sedikit pun kau takkan rugi

( korus 2 )
Orang malas selalu rugi
Kawan-kawan semua lari
Asyik melawa tak mahu kerja
Ada hati berpoya-poya

Janganlah engkau terus bermalas malas lagi
Buktikan hidup mu pun boleh berdikari
Seperti kawan kawan lain

Lirik Lagu Masalah Problem – Baji

Satu waktu tika aku sedang minum petang
Datang seorang teman lebih kurang abang
Dia hairan melihat mataku lebam
Lalu ku menjawab berterus terang

Tidur kurang jaga malam
Hilang pula selera makan, selera makan
Mudah penyakit datang serang
Pening kepala sakit pinggang, sakit pinggang

Ada nasihat buatku dari abang
Jaga waktu tidur biar cukup lapan jam
Mau tidak golek gulung susah nak pejam
Sedangkan nikmat tidur bermacam-macam

Tidur kurang jaga malam
Hilang pula selera makan, selera makan
Mudah penyakit datang serang
Pening kepala sakit pinggang, sakit pinggang

Problem , problem , problem melanda
Tension , tension , tension melanda

Lirik Lagu Mawar Putih Tanda Kasih – Black Dog Bone

Hari ini kau menyambut harijadimu
(harijadimu)
Riangnya wajahmu terlukis

Aku datang bawa hadiah tanda kasihku
(tanda kasihku)
Sejambang mawar yang putih

( korus 1 )
Sedikit pun tak kuduga
Kau enggan menerima pemberianku
Kau pulangkan mawar putih yang suci
Tanpa sebabnya alasan kau beri

Dengan hati sedih pilu aku berlalu
( aku berlalu )
Sambil ku mencari sebabnya

( korus 2 )
Kini aku telah tahu
Mengapa kau menolak hadiahku
Kau tak sudi menerima hatiku
Kerna kau telah memilih kasih baru

Lirik Lagu Meneka Dalam Kesamaran – Ibnor Riza

Dari sudut hati yang terluka
Dengan niat suci yang membara
Ku curahkan semua harapan ku yang ada
Kerana ku terlalu menyinta

Ku menyingkir tiap keindahan
Ku lepaskan apa yang ku genggam
Tiada ku inginkan keraguan mu
Kian berpanjangan tanpa pedoman

Keteguhan cinta ku pada mu
Membuat ku tak merasa jemu
Seringkali pertanyaan
Yang cuba aku timbulkan
Pada mu itu hanya kebosanan
Bagaikan ada kesamaran
Di dalam sinar pengharapan

Puas sudah mencari silap ku
Puas sudah meneka hati mu
Tiada ku temui
Jawapan mu yang pasti
Yang memberi ketenangan diri

Lirik Lagu Menempah Kasih – Ibnor Riza

Kini mula daku menyedari
Siapa sebenar diri ini
Sebuah kasih yang telah ku tempah
Hanya sekadar angin yang berlalu

Musnah cinta dibaluti sepi
Mencengkam dada diri sendiri
Tersalah langkah cinta ku beri
Menempah kasih pada yang tak sudi

( korus )
Termenung daku dipinggiran danau
Dibawah lembayung angin senja
Sebak dada ku dibaluti derita
Mengenang kasih yang tak sampai
Hingga terpedaya ikatan bahagia
Pada sidia yang begitu setia

Daku mula menginsafi diri
Agar tidak kan terluka lagi
Tersedar aku dari lamunan
Bahawa diri ku dimiliki

Lirik Lagu Mengenang Ibu – Black Dog Bone

( dialog )
Di rembang petang ditaman yang indah
Kulihat kanak-kanak bermain berlari tertawa
Diiringi ayah dan ibu mereka sungguh gembira
Tapi aku sendirian dengan hati yang sayu
Aku tak pernah merasa itu semua di waktu aku sebaya

Sungguh ku terharu
Bila mengenang ibuku
Yang telah pergi jauh
Tiada kembali lagi

Kurasa kehilanganmu
Bagaikan gelap duniaku
Bila dikau telah tiada
Ku menumpang kasih

Kini kuterima
Kasih dan sayang dari dirinya
Sebagai penggantimu
Tempat ku mengadu

Derita yang kualami
Dapat jiwa kutenangi
Hati rindu masih terasa
Pada ibu kandungku

Dalam meningkat dewasa
Hidupku pernah dihina
Berkat hati yang tabah
Cita-cita menjadi nyata

Oh ibu kesayanganku
Terbayang kemesraanmu

Tangis dan jeritan batinku
Bila mengenang ibu
( 2X )

( dialog )
Oh ibu kau sanjunganku
Pemergianmu takdir yang menentukan
Apalah dayaku
Yang sering merindukan belaian kasih sayangmu
Oh ibu

Lirik Lagu Menggapai Pelangi – Ilusi

Kehadiranmu sesudah gerimis memberi
Erti dalam percintaanku

Sering berselindung dibalik awan
Munculmu penawar rinduku

Suram gelisah sukma dan masa silam
Jika engkau menyepi

Umpama nakhoda hilang haluannya
Pada warna kasih yang kau pancarkan

Oh pelangi kasihku
Hanyalah engkau
Dipersada hayatku

Oh pelangi cintaku
Betapa agongnya
Kesetianmu…

( korus )
Engkau indahnya tak terkata
Bila pandang engkau
Makin bercahaya
Penawarku…

Terasa sebak diwaktu kau hilang
Ditelan badai gelora didadaku

Di pohon lara rinduku merana
Menggapai engkau tiada di sisiku

Bila musim menyusur hadirlah engkau
Dan meniti kasih yang dijanjikan

( ulang rangkap 5 hingga akhir

Lirik Lagu Mimpi Yang Tak Sudah – Ibnor Riza

Apa makna impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman

( korus )
Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah

( ulang korus hingga akhir )

Lirik Lagu Mohon Maaf Di Hari lebaran – Ibnor Riza & Noraniza Idris

( IR: & NI:)
Selamat hari raya aidilfitri
Selamat hari raya aidilfitri
Minal aidil wal faidzin
Minal aidil wal faidzin
Kullu amin waa…
Kullu amin waa…

( IR: & NI:)
Maafkanlah zahir dan batin
Maafkanlah zahir dan batin

( IR: )
Ku mengambil kesempatan untuk menghulur tangan ini
Dengan hati suci bersih
Kupohonkan kemaafan bagi setiap kesalahan
Yang telah berlalu itu

( IR: )
Memang resam manusia makhluk Allah…
Tak lepas dari bersalah selagi kau bernyawa
Tutur kata dan perbuatan yang terkasar…
Di dalam pergaulan haruslah kau maafkan

( IR: )
Kuharapkan kepadamu lupakanlah sengketa lalu
Berdamailah dalam iman

( NI:)
Selamat hari lebaran
Minal aidil wal faizin
Mari bersalam-salaman
Saling bermaaf-maafan
Ikhlaskanlah dirimu
Sucikanlah hatimu
Sebulan berpuasa
Jalankan perintah agama

( NI:) Selamat hari lebaran
Minal aidil wal faizin
Mari mengucapkan syukur
Ke hadirat Illahi
Kita berkumpul semua
Bersama sanak keluarga
Tak lupa kawan semua
Jumpa di hari bahagia

( IR: )
Selamat hari lebaran
Minal aidil wal faizin

( NI:)
Mohon ampun dan restu
Kepada ibu bapa
Maaflah lahir batin
Pada saudara semua
( 2X )

( IR: )
Semua berhari raya
Menyambut kemenangan kita
Selama di bulan puasa
Menahan lapar dahaga

( IR: & NI:)
Bersalam bermaafan
Harapan lah diberi
Jika lanjut usia
Tahun hadapan jumpa lagi

( IR: & NI:)
Selamat berlebaran
Saling maaf-maafan
Hilang dosa yang lalu
Tiada dosa baru

La lalala lalala lalala (4X)

Lirik Lagu Nafisa – XPDC

Dikeheningan malam ini
Aku dihimpit kenangan
Sejarah cinta mengajarku
Sepanjang hari sepanjang malam

Dibenak ku kau sentiasa
Lalu memukau jiwa
Jadi sentimental lelaki ini

( korus )
Terkadang perjalanan jauh
Yang kan mampu aku menapak
Pendakian gunung yang tinggi
Lembah curam yang ngeri
Aku harungi

Sepuluh musim yang benderang
Bagai direndam perasaan
Mentari terik tak terasa
Awan mendung berlalu berganti masa

Itupun dia kehadiran
Yang tak mungkin aku lepaskan
Dakap erat sepenuh kasih
Genggam genggaman ini menambah seri

Biar dunia beredar
Rentak sama kita berlari
Menuju titik permulaan
Belum tahu dimana ia berakhir