Lirik Lagu Nostalgia – Belantara

Tika dingin pagi
Kabus menutup diri
Mentari bagai segan
Menunjuk siang

Bayu samudera menegur daku
Lantaran inginkan berpuisi

Jernihnya embun di hujung daun
Saling seperti mutiara pagi

Segalanya yang pasti
Aku turuti demi
Mendendangkan melodi ini

Mungkinkah kala ini
Simfoni cinta kita
Seakan berpadu semula

Biar beribu mentari
Biar berjuta rembulan
Takkan menyatukan
Cinta kita

Seribu perjalanan
Yang penuh liku hitam
Tidak kulemas dalam kebinggungan
Namun di hatiku cepat mengejutkan aku

Aku dalam ingatan
Aku dalam impian
Kembalilah padaku

Lirik Lagu Ntahapahapantah – XPDC

Tahun 2000
Ramai orang serbu
Cari kemajuan
Mencari ketenangan

Ramai yang pakai turut
Ikut dari belakang
Ramai yang sudah sangkut
Ikut terjun longkang

Rambut aku panjang
Dia kata jembalang
Seluar aku ketat
Seluar dia bell-bottom

Itu ku punya pasal
Sikit aku tak kesal
Ada bainya aku
Jaga kain sendiri

Lirik Lagu Pemergian – Ibnor Riza

Dalam kemanisan cinta berpadu
Di balik tabir penghujung rindu
Berlabuh kasih berpaut janji
Antara kita setia menanti

Angin berhembus ditepian pantai
Dalam pelukan kasih terbuai
Dingin sang bayu meresapi kalbu
Di bawah sinaran cahaya rembulan

( 1 )
Hari berganti musim berlalu
Dalam kesepian daku menunggu
Tanpa berita di angin lalu
Khabar dirisik tidak bersahut

( korus )
Nuri sejoli terbang di awan
Membawa berita menghancurkan harapan
Merintih daku dalam kesepian
Mengapa terjadi sebuah perpisahan

( solo )

( ulang 1 & korus )

Pabila terbit mentari pagi
Embun menitik meresapi bumi
Catitkanlah dalam fikiranmu
Bahawa kita sudah berpisah

Lirik Lagu Pencarian – Wizard

Di mana akan kucari teman sejati
Yang dapat membimbing diri
Untuk ku pergi

Haruskah aku berseru di angin lalu
Atau mencoret hasratku
Di langit biru

Mungkinkah di Gurun Sahara
Akan berjumpa
Walaupun dilautan samudera
Ku kan kesana

Dalam pencarian ini
Yang hening dan sepi
Berkali aku terhenti
Menghitung diri

Mungkinkah di Gurun Sahara
Akan berjumpa
Walaupun di lautan samudera
Ku kan kesana

Mungkinkah aku yang buta
Tak dapat membeza
Kilauan cahaya kusangka permata

Seandainya kau mendengarkanya
Datanglah segera
Bimbinglah daku ke puncak jaya
Mencapai cita

Lirik Lagu Penghibur Dan Pemberitahu – Black Dog Bone

Dari pagi hingga malam
Tidak berhenti henti
Memutarkan piring hitam
Agar kita tak sunyi

Dialah penghibur
Dia juruhebah
Bergurau berlakon
Dalam rancangannya

Selain dari menghibur
Juga memberitahu
Cuaca berita dan waktu
Agar semuanya tahu

Selain menghibur memandukan kita
Rancangan diatur oleh juruhebah

( korus )
Tiap hari ada hiburan
Tiap hari ada panduan

Ingin dengar musik dan lagu
Dan pukul berapa waktu
Ingin tahu berita dunia
Apa yang telah berlaku

Bukalah radio suara juruhebah
Memberitahu seluruh penduduk negara

( ulang korus )

Lirik Lagu Penghibur Hati – Black Dog Bone

Hentikanlah bermusuhan
Sesama insan

Hidupmu takkan tenang
Selagi bermusuhan
( 2X )

Berdamailah semua
Mencari kemajuan
Semoga tercapai hasratmu
Menempuh jalan bahgia

Marilah bersama sama
Hiburkan hati mendengarkan lagu
Lagu gembira dendangan kami
Untuk semua

Lupakan sengketa lama
Sering mengganggu
Ketenangan jiwa
Semoga hidup tak kesepian

( ulang dari mula )

Lirik Lagu Perjalanan Hidup – Black Dog Bone

Ku berangkat menuju kesuatu
Tempat yang sunyi
Untuk mengubatkan derita hati

Usah kau tanya usah kau cari
Andai ku tidak kembali lagi
Siang ku berpanas malam berembun
Apa juga halangan ku tak peduli

Belum pasti arah
Mana hendak aku tujui
Selagi kakiku masih melangkah

Memangnya lumrah hidup manusia
Kawan bersuka ramai kau jumpa
Tetapi sukar mendapat teman
Menangis dimasa susah jangan kau sesal

( 1 )
Ku berjalan
Oh mencari ketenangan di hati
Agar hari esok lebih bererti

( ulang 1 )

Lirik Lagu Puisi Cinta – Ilusi

Suaramu…
Gemersiknya bak buluh perindu
Cuba kau lagukan
Cuba kau dendangkan
Mengisi di ruang kamarku

Senyummu…
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku

( korus )
Tiada terkata
Seindah bahasa
Nak ku huraikan
Nak ku belaikan dirimu
Akan ku syairkan katamu
Akan ku madahkan janjimu
Menjadi coretan gurindam
Puisi cinta…

Akan ku ukirkan senyummu
Akan ku lukiskan tawamu
Menjadikan susunan warna
Potret indah…

Senyummu…
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku…

( ulang dari korus )

Menjadi hiasan hidupku…

Lirik Lagu Pusara Di Lebuhraya – Ekamatra

Dalam perjalan ini
Menuju destinasi
Berbagai lebuhraya dilalui
Perjalananku terhenti
Di lebuhraya ini
Terpandang pusara diam menyepi

Terbayanglah kisah lalu
Bila kau disampingku
Bagaikan temasya dalam hidupku
Kini cinta tiada lagi
Berkubur dalam sepi
Dan pusara ini menjadi bukti

Betapa aku lemah di sini
Melihat cinta ini pergi
Di sini bermula bicara
Terpedaya
Dan bicara itu membunuhnya

Kini engkau tiada lagi
Yang tinggal hanya mimpi
Dan cintaku yang telah bersemadi
Ku teruskan perjalanan
Ku tinggalkan impian
Ke arah tujuan cinta abadi

Lirik Lagu Secebis Harapan – Black Dog Bone

Hidup riang bersulam cinta syahdu
Merangkai kasih beralun madah mesra
Abadilah jalinan sumpah suci
Usah kau mungkir walau derita tiba

( korus )
Padamu puspa hati aku meminta
Genggamlah sejambang kasih selamanya
Biar zaman berubah dan dunia musnah
Semogalah engkau tidak berpaling tadah

Hanya ini secebis harapanku
Demi untuk masa depan kita berdua

( ulang korus )