Lirik Lagu Rindu Lebaran – Khatijah Ibrahim

Lamunan syahdu menyentuh hati
Rindu lebaran berulang lagi
Menjulang hari tera semesta
Mendung di dalam hati ku resah

( 1 )
Di sempadan engkau berjuang
Di dada ku berat gelombang
Semoga pulang kau ke pangkuan
Rindu lebaran hari raya

( ulang dari mula )

( ulang 1 )

Lirik Lagu Rindu Syahdu Di Hari Raya – Nurul

Indahnya sungai yang mengalir
Nyamanya angin yang beralun
Kicauan burung dipagi yang dingin
Bersama terbitnya mentari

Terbayang sanak saudara
Gurauan sesama keluarga
Mesra berkunjung ruih suasana
Riang menyambut hari mulia

( 1 )
Kini ku di perantauan
Di kota indah dan menawan
Tapi hati rindu pada kampung halaman
Desaku yang telah di tinggalkan

( 2 )
Ku memohon maaf serta ampun
Salamkan ku kirim pengganti diri
Doa restu ayah serta ibu
Menjadi penawar
Rindu syahdu di hari raya

Lirik Lagu Saat-Saat Aidil Fitri – Ziana Zain

Saat-saat indah menjelma lagi
Suasana mesra berwarna-warni
Kita bersama kembali
Menyambut detik seribu erti

Kerdipan bintang membawa berita
Khabar gembira kan kunjung tiba
Tawa mesra yang dirindu
Pasti menyinari aidilfitri

( 1 )
Masa untuk gembira
Riangnya suasana
Bermaafan sesama kita
Kau bahagia sentiasa
Tiadalah sengketa
Kemesraan jalin bersama
Meriahkan hari raya

Saat-saat indah menjelma lagi
Suasana mesra berwarna-warni
Kita bersama kembali
Untuk menyambut aidilfitri

( ulang 1 2X )

Lirik Lagu Salam Aidil Fitri – Jamal Abdillah

Assalamualaikum
Salam hamba hulur tanda ingatan
Buat semua insan umat Islam
Di pagi syawal

Pada bonda tercinta
Pada ayah yang rela berkorban
Mohon keampunan dosa-dosa
Yang ku lakukan

( korus )
Untukmu duhai dinda yang setia
Harungi derita
Marilah bersama kita saling
Bermaaf-maafan
Semoga lebaran ini
Membawa keinsafan diri
Sejarah yang hitam
Agar tidak terulang
Untuk selamanya

Pada dia yang pergi
Kita hulur doa tulus suci
Agar roh mereka dicucuri
Oleh rahmat Nya

( ulang dari korus )

Lirik Lagu Salam Aidilfitri – Artis Artis 60an

Tanamlah semangat perasaan muhibbah
Kekal perpaduan biarlah bertambah
Di hari raya tradisi tak diubah
Artis 60an permainan disembah

( 1 )
Selamat Hari Raya sambut Tahun Baru
Semangat muhibbah terjalin sudah
Selamat Hari Raya
Kong si kong si kong sini

Apabila tiba di hari raya
Semua kaum bersukaria
Tak kira miskin atau pun kaya
Mengikut kemampuan acara dan gaya

( ulang 1 )

Bermain mercun dilarang sudah
Janganlah kita buat tak endah
Banyak kemalangan sudah didedah
Jika berdegil buruklah padah

( ulang 1 )

Rakyat Malaysia semua golongan
Marilah kita memberi pandangan
Kepada kerajaan berilah sokongan
Hidup bersatu berpecah jangan

( ulang 1 )

Sekian sahaja rangkap karangan
Hanya inilah sebagai sumbangan
Assalamualaikum melambaikan tangan
Di dalam bulan menjadi kenangan

( ulang 1 )
Selamat Hari Raya
Kong si kong si kong sini
( fade out )

Lirik Lagu Salam Dunia – M.Nasir

Suara tangis yang kau dengar
Memecah hari kudus ini
Adalah aku
Mengenang pemilikmu

Kita pohon kemenangan
Meroboh kota keakuan
Ini saatnya
Yang kunanti-nanti

( 1 )
Mereka yang dilanda derita
Redhalah harimu kan tiba
Cahaya kekasih yang benar
Menghapus segala api kemarahan

( 2 )
Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya
Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya

( 3 )
Inilah hari kita
Tiada lagi rasa ketakutan

( ulang 1, 3 )

Inilah hari kita oh…

( ulang 2 3X )

Lirik Lagu Salam Kejauhan – Liza Hanim

Entah mengapa keinsafan melanda
Syahdu di hati bila rahmat menjelma
Kiriman rindu buat ayah dan bonda
Maaf dipinta dari kejauhan

( korus )
Suara takbir sayup-sayup kedengaran
Seakan memanggil ku pulang
Namun tak daya untuk ku tunaikan
Seribu kemaafan ku pohonkan

Hari mulia hari yang bahagia
Sambut dengan rasa kesyukuran di jiwa
Semua gembira lupa segala duka
Bersama menikmati hari raya

( ulang dari mula )

Lirik Lagu Sampaikan Salamku Di Hari Raya – Jamal Abdillah

Di pagi hening
Di balik gema takbir syahdu
Diriku berlinang airmata
Daku terharu
Mengenangkan kampung halaman
Yang kutinggalkan
Semusim yang lalu

( 1 )
Hasrat hatiku ingin kembali
Kepangkuanmu oh sayang
Apakan daya kita terpisah
Di hari bahagia ini
Untukmu sayang
Kukirimkan salam rindu
Mesra ingatan kasih suci

( ulang 1 )

Lirik lagu Satu Pagi Di Hari Raya – Raihan & Nowseeheart

Satu pagi di hari raya
Aku sujud memuji Mu
Satu pagi di hari raya
Aku sujud membesarkan Mu

Ku melafazkan takbir
Penuh rasa kehambaan
Ku melafazkan tahmid
Penuh rasa kesyukuran

( korus )
Gema takbir di pagi raya
Ku teringat kampung halaman
Aku di perantauan
Tak berdaya menahan sebak

Gema takbir di pagi raya
Ku rindukan ibu di sana
Keluarga sanak saudara
Hanya doa kukirim

Marilah di hari raya
Kita semua bermaafan
Lupakan persengketaan
Eratkan persaudaraan
Harmoni di hari raya

Lirik Lagu Selamat Berhari Raya – Al-Mizan

Bismillahi dibaca
Setiap masa usaha
Sembahyang lima waktu
Mestilah diutama

( solo )
Puasa di bulan ram’dan
Itulah diamalkan
Zakat dan juga fitrah
Wajiblah dikeluarkan
( 2X )

Selamat berhari taya
Aidilfitri mulia
Selamat Hari Raya
Hari yang bahagia

( solo )
Mohon ampun dan restu
Kepada ibu bapa
Maaflah lahir batin
Pada saudara semua
( 2X )

Semua berhari raya
Menyambut kemenangan kita
Selama di bulan puasa
Menahan lapar dahaga

( solo )
Orang yang berpuasa
Allah beri ganjarannya
Orang yang ingkar leka
Berdosa akan dimurka
( 2X )

Berselawat ke atas nabi
Nabi Muhammad Rasullullah
Bersedekah daripada rezki
Berdoa kepada Allah

Muslimin dan muslimat
Wajiblah beribadat
Di masa kita sihat
Sebelumnya terlambat

Selamat berhari raya
Aidilfitri mulia
Selamat Hari Raya
Kita bersukaria

Bersalam bermaafan
Harapan lah diberi
Jika lanjut usia
Tahun hadapan jumpa lagi