Lirik Lagu Selamat Berhari Raya – Rahimah Rahim

Selamat berhari raya
Ucapan ku untuk semua
Kita mengeratkan semula
Hubungan saudara
Yang terpisah

Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkunjung-kunjungan
Maaf dipinta dan diberi
Semoga ikatan berkekalan abadi

( korus )
Dalam kita bergembira
Pasti ada yang berduka
Enak menjamu selera
Jangan lupa yang tiada

Selamat berhari raya
Walau di mana kau berada
Suka-duka silih berganti
Apa pun dugaan
Tabahlah menghadapi

( ulang dari mula hingga akhir )

Lirik Lagu Selamat Hari Lebaran – Maz

Selamat hari lebaran
Minal aidil wal faizin
Mari bersalam-salaman
Saling bermaaf-maafan
Ikhlaskanlah diri mu
Sucikanlah hati mu
Sebulan berpuasa
Jalankan perintah agama

Selamat hari lebaran
Minal aidil wal faizin
Mari mengucapkan syukur
Ke hadirat Illahi
Kita berkumpul semua
Bersama sanak saudara
Tak lupa kawan semua
Jumpa di hari bahagia

Selamat hari lebaran
Minal aidil wal faizin

( ulang dari mula )

Selamat hari lebaran
Minal aidil wal faizin
( 4 X )

Lirik Lagu Selamat Hari Raya – A Romzi

Terimakasihku pada
Semua kawan
Tak kira dari siapa
Kuterima pemberian

Dari hatimu nan ikhlas
Kupohon ampunan jua
Tak dapat aku membalas
Segala pujian anda

Tak lupa pesan kawan-kawanku
Kini kusampaikan
Yang seperjuangan denganku
Dalam satu kugiran

Ucap Selamat Hari Raya
Pada umat islam semua
Makan dan minum minta dihalalkan
Salah dan silap haraplah maafkan

( ulang dari mula )

Salah dan silap haraplah maafkan

Lirik Lagu Selamat Hari Raya – Al Jawaher

Seikhlas kata kukirimkan
Setulus hati kulampirkan
Iringan takbir kebesaran
Memohon keampunan

Seikhlas kata kukirimkan
Setulus hati kulampirkan
Iringan takbir kebesaran
Memohon keampunan

Memohon ampun maaf dipinta
Menggunung kesalahan yang ada
Agar berpanjangan muhibbah mesra
Di hari mulia

Halal di halal sesama kita
Menghening jiwa
Menghulur tangan ikatan mesra
Tanda hati setia
Selamat hari raya

( ulang dari mula )

Lirik Lagu Selamat Hari Raya – Asha Malik

Selamat Hari Raya
Ramai ramai gembira
Merayakan hari mulia

Terima kasih semua
Kerana sudi kerumah saya
Riang ria bergurau senda

Setahun hanya sekali
Aidilfitri penuh erti
Bermaafan kita bersama
Jika tersinggung
Terkasar bahasa

Mari kita gembira
Berdendang sama-sama
Nyanyi lagu ria

( ulang semua )

Lirik Lagu Selamat Hari Raya – Indra Shahrir

Sudah di jauh hari
Anak-anak bising tak henti-henti
Kita tentukan baju, kasut baru
Untuk dipakai nanti di hari
Hari yang mulia aidilfitri

Emak pun sibuk memasak
Ketupat dan rendang dan sayur lemak
Wajik dan kuih lapis, roti renjis
Ah Chong, Mamat dan Johnny, Mutusamy
Sama-sama makan hidangan kami

( 1 )
Selamat (Selamat)
Hari Raya (Hari Raya)
Selamat (Selamat)
Aidilfitri (Aidilfitri)
( 2X )

Fakir di hari raya
Semua orang nampak hati gembira
Sudah pergi sembahyang hati riang
Saling berjabat tangan bersalaman
Pada ayah bonda serta jiran

Suka (???) cuti sekolah
Sesama murid di satu darjah
Kami tidak kan lupa, juga nenda
Saling bermaaf-maafan zahir batin
Ucap minal aidil walfaizin

( ulang 1 2X )

Lirik Lagu Seloka Hari Raya – Uji Rashid & Hail Amir

HA:
Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersuka ria
( 2 X )

Adikku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama
( 2 X )

UR:
Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda
( 2 X )

Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemu mesra
( 2 X )

HA:
Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda
( 2 X )

Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahagia
( 2 X )

UR:
Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra
( 2 X )

HA: & UR:
Saling bermaaf kita bersama
Lupakan saja sengketa lama
( 2 X )

Lirik Lagu Seminggu Berhari Raya – Senario

Raya pertama dengan keluarga
Ayah bonda maaf dipinta
Adik-adik senyum selamba
Sarung ada duit tak ada

Raya kedua dengan saudara
Mak Long Mak Ngah Fatimah Uda
Yang tua bersembang kisah lama
Yang muda mengadap TV aje

Raya ketiga ke rumah kawan
Bekas murid satu tingkatan
Terhibur hati tak dapat bayangkan
Riuh macam pasar ikan

( korus )
Seminggu berhari raya
Kunjung mengunjung rumah terbuka
Jalinkan kasih sesama kita
Lupakan saja sengketa lama

Raya keempat yang istimewa
Ke rumah intan pujaan teruna
Tiba di halaman hatiku hampa
Kasut capal penuh di tangga

Raya kelima diajak teman
Jalan-jalan sampai ke pekan
Tengok wayang filem hindustan
Ayoyo duit habis belanja teman

Raya keenam rumah tok ketua
Harapan nak duit raya
Dihulur pula tabung derma
Balai yang baru nak dibina
Di mana!

( ulang korus )

Raya ketujuh berihat saja
Esok puasa enam pula
Habis puasa sambung beraya
Selagi syawal masih ada

( ulang korus )

Lirik Lagu Senandung Hari Raya Untuk Mu – Dayang Ku Intan

Ku senandungkan lagu untuk mu yang jauh di mata
Daku kirimkan kasih di angin lalu
Semoga kan hilang rasa rindu
Hilang pilu resah di kalbu

1
Maafkan daku kerana tak dapat bersama mu sayang
Di hari raya hari yang bahagia
Kerana tugas pada negara
Dan semoga kekal sejahtera

( korus )
Ku harap dikau gembira
Oh di samping ayah serta bonda
Untuk keluarga tercinta
Ku ucapkan Selamat Hari Raya

Dengarlah sayang aku hulur pengganti diriku
Semoga kau akan terhibur selalu
Di dalam suasana hari raya
Terimalah dengan rasa bangga

( ulang dari 1 hingga akhir )

Lirik Lagu Senandung Lebaran – Aishah

Berbaju kebaya berselindang panjang
Berseri di muka di hari lebaran
Aduhai manis sungguh dipandang
Tambahlah berseri hari raya

Pemuda yang tampan tak kurang hebatnya
Layaknya pahlawan gerak dan langkahnya
Bersongkok mereng tersenyum mesra
Sekali pandang hati berkenan

( korus )
Joget berjoget
Kita sama bergembira
Abang dan adik
Janganlah lupa batasannya

( 4 )
Sila adik abang jamulah selera
Lemang serta rendang tersedia
Wajik dan ketupat dodol juga ada
Pilih mana yang abang suka

Di hari mulia hari bahagia
Mari bermaafan bersamalah kita
Kepada yang tua jangan lupa
Doakan syukur dan ceriannya

( ulang korus & 4 )

( 6 )
Marilah berjoget senandung lebaran
Sila abang adik janganlah segan
Setahun sekali kita bergembira
Riang hati di hari raya

( ulang 6 )